Assalamualaikum. Salam Ramadhan al-mubaroqah. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan ahlan wasahlan ya Ramadhan. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati bulan yang penuh kerahmatan, keberkatan, dan keampunan ini, insyaAllah.

Saya sekadar ingin berkongsi suatu permasalahan yang sering juga menjadi persoalan pada bulan yang padanya mengandungi ‘malam seribu malam’. InsyaAllah.. sama-sama menggunakan kesempatan bertemu Ramadhan kali ini semaksima mungkin.

Dipetik dari Portal Ukhwah.com: http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=3&topic=38775 , dan http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/21/dua-witir-satu-malam/

Permasalahan:

Saya mempunyai kemusykilan berkaitan solat witir selepas mengerjakan terawih. Seperti yang saya fahami Witir itu adalah penutup segala solat. Justeru setelah selesai mengerjakan terawih di masjid biasanya kita akan meneruskan dengan witir. Maka sempena bulan ramadan ini saya berazam untuk bertahajud dan membuat solat hajat di tengah malam namun saya telah mengerjakan solat witir selepas terawih di masjid. Adakah solat sunat saya ditengah malam itu dikira sah atau diterima amat mengelirukan saya. Bolehkah ustaz menerangkan kemusykilan saya ini. Sekian terima kasih.

-atau

Bolehkah kita melakukan solat sunat selepas melakukan solat sunat witir (penutup)?. Saya ada terbaca hadith menyatakan bahawa Nabi s.a.w melakukan sunat ringkas selepas beliau bangkit dari tidur sebelum melakukan solat sunat tahajjud. Apakah solat sunat tersebut.
Sekian dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Jawapan:

Sebelum diteruskan perbincangan elok rasanya kita lihat hadis2 yang berkaitan.

1. Thalq Ibn Ali berkata, “Tiada dua witir dalam satu malam.”[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]

2. Ibn Umar ra menerangkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari.”[HR Jamaah kecuali Ibn Majah]

3. Ummu Salamah ra menerangkan, “Bahawasanya Nabi pernah mengerjakan 2 rakaat lagi sesudah witir.”[HR at-Turmudzi dan disahihkan oleh ad Daruthny]

Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Majah terdapat perkataan, “sedang Nabi mengerjakan sembahyang itu sambil duduk.”

4. Dari Aisyah ra, “Bahawa Rasulullah saw mengucap salam sampai kita dapat mendengarnya, lalu bersembahyang 2 rakaat lagi sehabis bersalam tadi sambil duduk.”[HR Muslim. Albani juga mengatakan hadis ini sahih]

5. Said bin Musayyab menerangkan bahawa Abu Bakar dan Umar berbahas soal witir di depan Nabi saw. Abu Bakar berkata; “Aku bersembahyang sesudahnya aku berwitir. Apabila aku bangun aku bersembahyang genap2 sebelum subuh.” Umar pula berkata; “Aku tidur sesudah sembahayng genap, kemudian aku berwitir di akhir sahur.” Nabi berkata kpd Abu Bakar, “telah berhati2 yang ini” Dan kpd Umar pula, “kuat yang ini.”[HR Abu Sulaiman al-Haqaby]

Berdasarkan hadis pertama, jumhur ulama’ telah mengatakan bahawa hanya satu witir sahaja yg boleh dilakukan dalam satu malam. Adapun mengenai mengerjakan witir di awal waktu dan kemudiannya melakukan lagi solat sunat selepasnya, terdapat perbedaan pendapat mengenainya di kalangan ulama. Secara umumnya terdapat dua kaedah sekiranya ingin melakukan solat sunat selepas dikerjakan solat witir iaitu:


1) Menggenapkan witir yang awal itu dgn melakukan satu rakaat dgn tujuan merosakkan witir yg awal itu. Kemudiannya dilakukan solat sunat serperti biasa dan diakhiri dgn witir yg baru. Ini merupakan pendapat Utsman, Sa’ad bin Malik, Ibn Umar, Ibn Abbas, Usamah ibn Zaid dan Urwah Ibn Zubair. Mereka berdalilkan hadis yg ke-2 di atas.


2) Witir yg dilakukan di awal waktu tidak perlu dirosakkan. Memadai witir tersebut dan tidak perlu diulangi lagi witir walaupun jika ingin melakukan solat sunat selepasnya. Pendapat ini dipegang oleh Abu Bakar, Ammar bin Yassir, Rafi’ bin Khudaij, Abu Hurairah, Talq bin Ali dan Aisyah ra. Manakala dikalangan Tabi’in ialah Said bin Musayyab, Al-Qamah, Asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhaiy, Said bin Jubir, Makhul dan Hasan al-Basri. Ini juga merupakan pendapat Malik, Ahmad, Syafi’I, dan lain2 lagi.

Saya memilih pendapat yang kedua. Hadis 3,4 dan 5 menunjukkan bahawa boleh melakukan solat sunat walaupun telah dilakukan solat witir. Menurut Imam Nawawi, 2 rakaat yg dilakukan oleh Rasulullah saw selepas witir dalam keadaan duduk adalah bertujuan utk menerangkan keharusan dan tidaklah menjelaskan bahawa Rasulullah saw sentiasa melakukan. Ulama’ dan Muhaqqiqin dr kalangan ahli usul, kalimah ‘Kaana’ tidaklah semestinya membawa maksud sentiasa berlaku.

Persoalan yang seterusnya, yang manakah lebih afdhal, di awal dan di akhir malam. Kebanyakan ilmuwan memilih di akhir malam. Ibn Hajar al-Asqallani berkata bahawa witirnya Rasulullah saw di awal waktu adalah krn halangan utk bangun di akhir malam; Beliau berwitir di pertengahan malam bila beliau terbangun di waktu itu; seterusnya beliau melewatkan utk bangun di akhir malam ialah disebabkan waktu afdhalnya; sedang bersembahyang pada seluruh masa itu sebg menunjukkan keharusannya. Ibn Nasr mengatakan hadis ke-2 di atas menunjukkan hukum sunat bukannya wajib. WA.

Wassalam

Rujukan

Koleksi Hadis2 Hukum 5
TM Hasbi

Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust Basri Ibrahim

Intisari Bahrul Madzi Jilid 2
Sheikh Idris al-Marbawiy

The Night Prayers Qiyam & Tarawikh
Muhammad al-Jibali

Fikih Sunnah Jilid 2
Sayyid Sabiq

The prophet’s Prayer Described
Sheikh Nasiruddin al-Albani

Advertisements

~ Suka sangat poem ni….mengingatkan diri untuk mensyukuri segala apa yang ada pemberianNya… Alhamdulillah..thank you Allah.~

Today,upon a bus, I saw a very beautiful woman
And wished I were as beautiful
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she passed a smile.

Oh, God, forgive me when I whine.
I have two legs; the world is mine.

~~~~~~~

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it’d do no harm.
And as I left, he said to me, “I thank you,
you’ve been so kind.
It’s nice to talk with folks like you.
You see,” he said, “I’m blind.”

Oh, God, forgive me when I whine.
I have two eyes; the world is mine.

~~~~~~~~~~~
Later while walking down the street,
I saw a child I knew.
He stood and watched the others play,
but he did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
“Why don’t you join them dear?”
He looked ahead without a word.
I forgot, he couldn’t hear.

Oh, God, forgive me when I whine.
I have two ears; the world is mine.


~~~~~~~~~

With feet to take me where I’d go.
With eyes to see the sunset’s glow.
With ears to hear what I’d know.

Oh, God, forgive me when I whine.
I’ve been blessed indeed, the world is mine.

~~~~~~~~

Alhamdulillah… praise be to ALLAH,,

thank you Allah for all the giving

Kisah tentang 2 orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir.
Ditengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang tanpa dapat menahan diri menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas
pasir :

“HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR
PIPIKU.”

Mereka terus berjalan, sehingga
menemukan sebatang sungai, dimana mereka
memutuskan untuk mandi. Orang yang
pipinya ditampar dan terluka hatinya,
cuba berenang untuk menyejukkan diri dan
hatinya..

Namun, ternyata sungai tersebut cukup
dalam sehingga ia nyaris tenggelam, dan
diselamatkanlah ia oleh
sahabatnya.Ketika dia mulai siuman dan
rasa takutnya sudah hilang, dia menulis
di sebuah batu :

“HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU
MENYELAMATKAN NYAWAKU.”

Si penolong yang pernah menampar
sahabatnya tersebut bertanya,
“Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau
menulisnya di atas pasir, dan sekarang
kamu menulis di batu?”

Temannya sambil tersenyum menjawab,
“Ketika seorang sahabat melukai kita,
kita harus menulisnya diatas pasir agar
angin maaf datang berhembus dan
menghapus tulisan tersebut. Dan bila
dalam antara sahabat terjadi sesuatu
kebajikan sekecil apa pun, kita harus
memahatnya di atas batu hati kita, agar
tetap terkenang tidak hilang tertiup
waktu.”

Dalam hidup ini sering timbul perbezaan
pendapat dan konflik kerana wujud sudut
pandangan yang berbeza. Oleh itu,
cubalah untuk saling memaafkan dan
melupakan masalah lalu.Mungkin
kadang-kala kita dapat apa kemahuan atau
memahami apa yang kita mahu..Yang
penting selagi HAK kita dan sahabat kita
menjaga dan menghormati satu sama lain
serta percaya, insyallah ibarat ‘air
yang dicincang takkan putus’…

Orang berilmu dia selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri: caci disambut dengan senyuman, penghinaan ditangkis dengan lemah-lembut, kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kebaikan”

“persahabatan adalah hal tersulit untuk dijelaskan di dunia ini. Dan, ini bukan soal apa yang anda pelajari di sekolah. Tetapi, apabila anda TIDAK pernah belajar MAKNA PERSAHABATAN, anda benar-benar tidak belajar apa pun”
-Muhammad ALi-

“Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang”
-HAMKA-

~macamana kita dengan sahabat kita??..

People

“If you are kind; people may accuse you of being selfish, having ulterior motives;
Be kind anyway.

People are often unreasonable; illogical and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are successful; you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank; people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building; someone could destroy them overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness; they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today; people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have; and it may never be enough;
Give the world the best you’ve got anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and God.
It was never between you and them anyway.”

People, Mother Theresa

*****

There is only one virtue
and one sin for a soul on the path:
virtue when he is conscious of God
and sin when he is not.


Telah kudaki bukit setinggi Malaikat

Namun belum kutemui sinar matahariNya

Telah kugali bumi ini sedalam maksud al-Quran

Namun belum kutemui emasNya

Telah kuselami samudera sejauh perjalanan musafir

Namun belum kutemui mutiaraNya

Terasa masih jahil aku berpijak di bumi Tuhan yang maha luas…


Maha benar al-Quran yang memberi petunjuk dengan iradatNya

Apakah wujud keredhaanNya bagi manusia?

Yang memakai mahkota dosa perhiasan tamak dan haloba

Yang memakai rantai-rantai emas dari tangisan anak-anak yatim

Yang buta tatkala kebenaran melintas di hadapannya

Yang pekak apabila kalimah Tuhan berbisik halus ditelinganya

Yang menjaga mukanya lebih dari hatinya

Yang membawa berita dengan mulut yang busuk


Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui…

Siapakah yang lebih beruntung di antara kami?

Seorang guru agama atau seorang abid?

Seorang yang musafir atau seorang yang bermastautin?

Seorang yang berbicara atau seorang yang pendiam?

Seorang lelaki atau seorang perempuan?


Wahai Nabi yang Mulia disisi Tuhan…

Umatmu hari ini ibarat enau dalam belukar,

tidak saling lagi peduli

Biarpun mereka adalah singa yang gagah

namun malu melepaskan ngauman dan terkaman

Merasa enak dan nyaman dalam sangkar buatan barat

Hati mereka adalah batu hitam acuan hawa nafsu dan hiburan

Tiada lagi yang menyeru kepada kalimah yang pernah dulu kau sebarkan

Mungkin inilah umat akhir zaman yang pernah dulu kau katakan…


Wahai umat Islam

Sedarlah, bangkitlah, berjuanglah!

Lepaskan segala tali yang mengikat tubuhmu dengan solat

Kumpulkan semua tenagamu dengan seruan jihad

Hadirkan cinta pada Rasulmu dengan jutaan selawat

Hubungkan silaturrahim dengan penuh hikmah

Agar kembali mengalir sungai yang dahulu berhenti di muara

Menjadi lautan yang mensucikan dosa manusia yang ingin bertaubat

Yang akan menjadi awan memayungi setiap tubuh manusia

Dan menitiskan embun pagi menyegarkan bumi dan seisinya

Moga hadir redha dari Tuhan buat kita hamba…

Seluruh jagat raya menjadi saksi..

Apabila batu-batu melantunkan zikir memuji kebesaran Ilahi

Bertingkah pohoh-pohon mengikut rentak angin bersujud kepadaNya

sekalian alam berbisik menghantar kabar kelahiran utusan Allah

sehingga malaikat-malaikat mengintai dari tirai langit melihat wajah kemuliaan

lalu berteriak si Iblis, bahwa kita akan dihancurkan


Muhammad bin Abdullah

seluruh isi kota itu menjunjung kelahiranmu

tangan-tangan jahiliah itu menyapa lembut tubuhmu

kau di angkat seribu martabat dalam kota yang hitam suram

laksana Putera Mahkota yang turun dari kayangan

darah Quraisymu itu menjadi agungan

hadirmu memikul segunung harapan melangit impian


Muhammad insan pilihan…

Kejujuranmu memukau segenap kota hingga kau digelar Al-amin

Kebenaranmu mengalir seperti sungai yang tidak pernah berhenti

Menghanyutkan titik-titik hitam masa lalu

Keikhlasanmu sejernih titisan hujan di pagi hari

Menyuburkan hati-hati yang gersang dan kontang

Akhlakmu sesuci al-Quran menyusun teladan bagi umatmu

Tiada pernah kau menagis menanggung derita

Meski kau dihina,dicerca dan disiksa

Sengsara ini yang kau pilih tetapi bahagia nanti yang kau damba


Muhammad Rasulullah…

Perit jerihmu kami sanjung

Kau bina tembok pemisah antara hak dan batil

Kau lestarikan penduduk kota itu dengan Quran dan sunnahmu

Kau bajakan mereka dengan selaut iman dan amal

Kau sirami mereka dengan air suci dari embun kesalihan

Kau musnahkan semua lalang yang tumbuh dari nafsu dan godaan

Kau wujudkan kota baru buat mereka berteduh dari nista dan kesesatan

Kaulah rasul Allah penamat segala kerasulan


Hari ini…

Kesayuan telah menghiris-hiris hatiku meninggalkan luka yang bernanah

Melihat kotamu yang kini makin rapuh dan luluh dindingnya

Dimamah oleh dosa-dosa dan kejahilan ummatmu

Mereka cabut tiang yang lima itu lalu membiarkan ia terbaring sepi

Menanti hari dipertegakkan kembali…







Bismillahirrahmanirrahim….dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kumulai perbicaraan ini. Mudah-mudahan mendapat hidayah dan petunjuk dariNya dan dijauhkan dari kesesatan. Selawat dan salam kepada junjungan besar Muhammad SAW yang menjadi contoh terbaik bagi umat Islam, penamat bagi segala rasul dan nabi.

Dalam dunia ini kita pernah mengimpikan sebuah kehidupan yang di dalamnya penuh bau-bauan kasturi yang harum mewangi, terbit dari ucapan salam sesama muslimin. Malah, kita juga mengimpikan dunia ini ibarat taman-taman bunga yang di dalamnya tumbuh indah pokok-pokok iman dari benih-benih ilmu dan amal soleh. Kadang-kadang terpikir juga kita untuk menaiki sebuah kapal yang nakhodanya adalah pemimpin yang mulia lagi adil untuk sama-sama membawa bahtera meredah samudera untuk sampai ke perhentian yang abadi selama-lamanya. Saya yakin dan percaya, bahawa sahabat-sahabat lain juga pernah berfikir begitu. Lantas saya tertanya-tanya, realistikkah angan-angan kita itu? Atau sekadar mimpi indah yang dihapuskan oleh terbitnya fajar subuh? Atau mungkinkah angan-angan ini menjadi realiti?

Pada umumnya, kita semua arif tentang apa yang menjadi punca tercetusnya masalah umat Islam pada hari ini. Tanya sajalah pada kanak-kanak yang berusia 12 tahun pun mereka sudah memahami masalah yang berlaku di Iraq dan Palestin. Apatah lagi kalau ditanyakan isu mat rempit,black metal,ketagihan dadah dan sebagainya. Pasti mereka akan mengatakan puncanya adalah sekian-sekian panjang lebar sehingga boleh dimuatkan ke dalam akhbar Berita Harian. Dan apatah lagi kita yang sudah dewasa dan mampu berfikir secara kritis dan dinamik, sudah pasti kita dengan lantang bersuara bahawa masalahnya berpunca dari begini,begini dan begini.

Persoalannya,mengapa sehingga hari ini ummat Islam masih dibelenggu oleh masalah yang sama? Mengapa Iraq dan Palestin masih dihujani oleh peluru berpandu Amerika yang busuk hati ? Mengapa krisis Baitulmaqdis yang sehingga hari ini masih penuh tanda tanya? Sedangkan sudah jelas di dalam Al Quran bahawa Ia milik umat Islam dan tetap menjadi milik umat Islam bahkan wajib kita pertahankan dari orang-orang kafir. Pasti ada yang mengatakan bahawa umat Islam pada hari ini masih lemah. Saya juga setuju mengatakan bahawa Islam masih lemah terutama dari aspek ekonomi. Tapi sampai bilakah kita ingin beranggapan sedemikian bahawa kita ini masih lemah? Tidak teringatkah kita pada kekuatan Islam pada zaman khulafa Ar-Rasyidin yang disambung oleh kerajaan Abasiah, Umayyah dan Othmaniah? Lantas, apa yang menjadi penghalang kepada sejarah kegemilangan umat Islam untuk berulang lagi? Mungkin selama ini kita hanya mencari masalah tetapi tidak pernah membincangkan secara teliti dan halus tentang rancangan kita untuk membangunkan umat Islam dan strategi khusus dalam pelaksanaan rancangan tersebut.

Di sini, saya tidak ingin menyemak kembali atau menambah lagi kupasan-kupasan tentang punca permasalahan ummat Islam, kerana saya yakin dan percaya kita semua sudah memahaminya dengan terang lagi bersuluh. Apa yang ingin saya sampaikan adalah mengenai wawasan,rancangan dan strategi kita sebagai umat Islam dalam memacu kegemilangan ummat Islam itu sendiri yang berpaksi kepada 3 modus operandi yang asas dan penting :-

1. 1. Menjadi umat yang paling berilmu

2. 2. Menjadi umat yang paling kaya

3. 3. Menjadi umat yang paling bersatu

Bersambung….